Friday, February 26, 2010

kesilapan 99% pencari "pendapatan sampingan melalui internet"

ini adalah pendapata sifu sy, en mazelan abas

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda terhadap pandangan saya mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh 99% pencari "pendapatan sampingan melalui internet" ini.

1. Mereka cuba mengembangkan perniagaan online menggunakan web replika orang lain. Ini ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan kita tidak perlu buat website lagi, boleh terus gunakan dan promote sahaja. Kekurangannya, kita tidak mempunyai pengikut, tetapi owner kepada web tersebut akan mempunyai pengikut yang ramai.

2. Tidak menumpukan kepada marketing, sedangkan sepatutnya 10% membangunkan pengetahuan online marketing, 10% menumpukan kepada email kempen dan 80% adalah promosi landing page untuk meramaikan pengikut. Email kempen lah tempat untuk kita letak dan promotekan apa juga perniagaan online kita.

3. Terperangkap dengan program "money games". Tidak memilih pendapatan dari program keperluan, tetapi memilih dari program "kemahuan".

4. Membazir duit membeli ebook yang tidak mendatangkan faedah. Tidak dinafikan banyak juga ebook yang berguna, tetapi banyak yang tidak memberi faedah.

5. Tiada pengikut- Punca utama kegagalan seseorang. Hanya buat direct selling secara online sahaja.

6. Untung jangka pendek.Tidak suka memilih perniagaan jangka panjang. Untung yang datang sekali bila berjaya membuat sales, tetapi tiada keperluan untuk repeat sales. Ini sering berlaku dan saya suka atau tidak kena berkongsi dengan anda juga. Ramai orang tidak sedar mereka terperangkap didalam program yang berlandaskan "money games". Saya mempunyai ramai pengikut diseluruh dunia. Ramai juga yang datang kursus ilmu internet marketing di Petaling Jaya ini termasuk dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Dan paling jauh dari Phillipine. Saya nak fokus peserta dari Malaysia. Terdapat data yang saya ingin anda ketahui juga. Untuk peserta dari Malaysia yang datang kursus ini:


97% pernah atau sedang menyertai lebih dari 2 program multilivel.
32% pernah atau sedang menyertai lebih dari 9 program multilevel.
7% webmasters (pakar membina website - mereka datang hanya ingin belajar marketing online)
5% CEO sesebuah kompany.
2% Berpangkat Dato'
37% Terlalu baru dalam dunia internet dan komputer, "copy paste" masih kurang pasti.
74% Masih bekerja.
36% Tidak mempunyai pekerjaan dan berharap dapat menjana pendapatan yang cepat melalui internet ini.
68% pernah atau sedang menyertai program vemma.
53% pernah atau sedang menyertai program uptrend
100% Mengharap untuk kaya cepat melalui program internet ini.

7. Cepat patah semangat. tidak suka bertanya. cepat merajuk. Masalah ini sering terjadi, contohnya saya, memang saya mempunyai pengikut yang ramai, dan ramai yang perlukan bantuan daripada saya. Saya akan tolong mana yang termampu. Tetapi kadang2 terlalu ramai yang meminta bantuan serentak dan saya selalu terlepas pandang. Jadi saya memohon jangan merajuk, saya tak rugi, anda akan rugi. Kalau minta bantuan dari saya, didapati saya tak sempat atau tak perasan, atau tak sempat nak reply email, hantar lagi dan lagi. Jangan risau takut kata saya akan kata apa nanti. Saya tak akan kata apa2, saya berusaha sungguh2 melayan kesemuanya dengan termampu. Subscriber saya datang dari seluruh dunia, dan saya akan beritahu perkara yang sama. Sukar nak percaya, subscriber dari USA, AUstralia, ISrael, Moroco pun mintak bantuan kita, mereka tetap subscriber saya, jadi semua akan saya bantu mana yang boleh.

8. Tiada skill berkomunikasi dan tidak berhemah. Kalau dah nama networking, memang kena tinggi ilmu berhemah ini. Jangan biarkan downline atau subscriber keseorangan, dan anda pula seringlah bertanya mana2 yang tak faham, tanya, tanya dan tanya....

9. Bahasa enggeris yang lemah. Ini tak boleh dielakkan, kalau nak network kita kembang keseluruh dunia, b.inggeris adalah jambatannya. Disini saya bagi panduan belajar bahasa inggeris.
Kalau tak tahu nak sebut mana2 perkataan inggeris. Pergi ke website ini:
http://howjsay.com
dan taip atau copy/paste perkataan disitu, mereka akan tolong sebutkan, tapi kena ada speaker la.

kalau tak tahu makna dalam bahasa melayu, gunakan website ini:
http://kamus.net

-----
petua kembang biz online percuma

No comments:

Post a Comment

Followers