Friday, April 9, 2010
peringkat-peringkat dalam dunia networking
info dr sifu mazelan
Hari ini saya menjalankan kursus seperti biasa, dan pada hari ini pelajar tersebut adalah mengenai ilmu marketing online. Jadi saya mengjar tentang bagaimana kita membuat promosi melalui group facebook dan reply all didalam email kita dengan menggunakan signiture yang telah kita siapkan.
Dalam masa lebih kurang satu jam setengah, kami masing2 telah mempromosikan landing page ke lebih 50 groups di facebook. Dalam masa yang sama itu terdapat 2 subscriber yang subscribe on the spot.
Itu adalah masa yang sepatutnya kita luangkan setiap hari untuk menambahkan pengikut (subscribers)
Jadi kita tidak perlu berasa hairan, kenapa seseorang yang mempunyai bilangan subscriber yang ramai mampu menjual apa sahaja secara online. Kerana apa? kerana mereka sudah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Sesetengah mereka sudah mulai mengumpulkan subscribers bertahun tahun lamanya. Tanpa mengira samada autoresponder mereka mempunyai affiliate atau tidak. Mereka membayar gaji kepada "hanturaya" yang menghantar flies semenjak beberapa tahun dahulu. Setiap hari mereka promotekan landing page untuk menambah pengikut.
Saya mempunyai seorang rakan di US, California, dia telah mempunyai pengikut sekitar 30-32 ribu orang. Setiap bulan pendapatannya mencecah USD70,000. Sumber pendapatannya datang dari beberapa program affiliate termasuk GDI dan Trafficwave. Saya tanya dia berapa lama kumpul pengikut 32 ribu orang tu, dia kata hampir 5 tahun, patut pun, maknanya dia telah membayar autoresponder selama 5 tahun setiap bulan. Itulah pengorbanan seorang internet marketer. Ramai yang inginkan pendapatan mereka hanya dengan duduk dirumah goyang kaki dapat puluh2 ribu setiap bulan, tapi tak ramai yang nak ikut jejak langkah apa yang mereka lakukan.
Ramai yang nak duit cepat, ramai yang suka join skim cepat kaya, kata mereka "sapa yang nak join skim lambat kaya", "sapa yang nak join skim cepat miskin"... pandai kome menjawab yek.... tapi mereka tetap mencari program cepat kaya sehingga dah nak masuk magrib, dah dekat 40 tahun mencari, tak jumpa-jumpa juga...
..kalau tidak disebabkan khuatir anda memikir saya mempunyai muslihat untuk untung cepat atau sebagainya, sudah tentu saya paksa sesiapa yang benar2 ingin mendapatkan pendapatan lumayan melalui internet ini supaya daftar terus webhosting di GDI atau mana2 webhosting yang lain, dan wajib mengambil satu autoresponder, tak kira dari kompany mana sekali pun samada trafficwave ke, aweber ke, getresponse ke, atau mana2 sekali pun.
Tanpa kedua2 ini kita hanya buang masa dan duit yang banyak di depan komputer. Join perniagaan satu demi satu silih berganti, datang kursus sana dan sini dengan yuran yang mahal, beli ebook itu dan ini, kesudahnya campak dalam tong sampah, stuck, tak faham, kesudahnya give up dan kembali ke dunia pekerjaan dan perniagaan offline. Bila penat buat bisnis offline penat, kembali semula ke online dengan semangat baru, buat tak jadi, kembali semula offline, begitulah seterusnnya sehingga keakhir cerita...
Dapatkan satu webhosting dan belajarlah buat website, kalau rasa dengan GDI masih tak mampu dapatkan webhosting percuma di http://weebly.com
autoresponder saya tak jumpa yang free lagi, Trafficewave ada bagi 30 hari percuma, tapi kalau ada duit jangan ambil yang percuma, kalau masih tak ada duit lagi, ambillah yang percuma dan mula belajar menggunakan autoresponder.
Dalam dunia perniagaan networking ini ia terdapat beberapa stage:
1. Offline: Maksudnya cari prospek secara offline, closing pun cara oofline.
2. Online: Maksudnya cari prospek secara online, closing pun cara online.
3. AutoPilot: Maksudnya cari prospek robot yang buat, closing pun robot yang buat.
Nak naik darjat setiap satu tingkat tersebut, kena khatam setiap peringkat sebelumnya terlebih dahulu. Apabila mahir peringkat pertama "offline" baru boleh naik darjat keperingkat "Online'. Bila dah mahir "Online" baru boleh naik darjat "AutoPilot". Jangan langkau mana2 peringkat, nanti jatuh, sakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(39)
-
▼
April
(8)
- petua marketing berkesan
- Berhenti mengharungi kesusahan didalam perniagaan ...
- rahsia saya tunjukkan bagaimana facebook membantu
- sabun tahan mengantuk
- cara tambah kawan dr facebook
- bagaimana anda boleh dapat duit segera sehingga RM...
- din beramboi dalam kenangan
- peringkat-peringkat dalam dunia networking
-
▼
April
(8)

No comments:
Post a Comment