Thursday, May 13, 2010

mengapa gagal

Salam sejahtera
Semoga sentiasa sehat hendaknya hari ini....

Setelah beberapa tahun saya menjalankan perniagaan online ini, saya memiliki berpuluh ribu subscriber dari dalam dan luar negara. Tetapi saya banyak memberi tumpuan lebih pada yang datang dari gagasan nusantara sahaja. Kerana saya rasa anda lebih rapat dengan saya. Saya rasa gembira jika ilmu saya yang sedikit ini dan saya kongsi dengan dengan ramai orang, ianya dapat memberikan manfaat kepada saya dan anda.

Saya ketengahkan satu ilmu yang saya pelajari, dan ianya memberi hasil kepada saya, saya kongsikan kepada anda, dengan harapan anda juga boleh mendapat hasil daripadanya.

Beberapa hari ini saya menerima email daripada beberapa orang subscriber dari Malaysia, mengadu dan menceritakan kisah2 kegagalan didalam membuat internet marketing. walaupun peratusannya kecil 0.1% tetapi jika 0.1% daripada 10,000 adalah 10 sahabat. Jika seminggu yang lepas ini saya menerima 7-8 email mengenai keluh kesah tentang kegagalan didalam internet business, ia adalah terlalu banyak buat saya. Sahabat2 kita mengadu yang mereka telah mengikuti semua langkah yang saya tunjukkan didalam automlmanda.ws tetapi masih tidak berjaya juga. Apa lagi yang perlu dilakukan....

Saya dah tak mahu mengkaji kenapa seseorang itu berjaya didalam internet business, kerana saya telah luangkan banyak masa untuk perkara tersebut, apabila saya mendapatkan klue nya saya cuba, fine tune, sehinggalah saya menjadi seperti saya hari ini.

masrizal,
Anda tidak perlu mengkaji lagi, saya dah siapkan semua yang saya temui dan berikan kepada anda, tetapi jika ada yang mengubahnya, kita perlu bertanggung jawab dengan apa yang kita ubah dan selesaikan dengan keupayaan kita sendiri.

Saya kaji, seorang demi seorang yang masih tidak mampu menjana pendapat secara online.

Sahabat 1.
Mempunyai website sendiri dengan produk kesihatan. Sudah mempunyai autoresponder. Tiap2 hari promote produknya di facebook.
Kelemahan yang saya dapati: Subscribers hanya di bawah 10

Sahabat 2.
Mempunyai produk kesihatan. Tiada auto responder. Promote setiap hari secara spam dan facebook.

Sahabat 3.
Mempunyai bisnes hypro bulk sms. Sudah ada autoresponder. Subscribers tak sampai 50. Baru ada 2 kempen. Satu automlmanda dan satu lagi hyprobulk. Automlmanda subscribers 23, hypro kempen 13.

Sahabat 4, 6, 7, 8, 9, 10
Subscribers purata dibawah 50.

masrizal,
nampak tak masalahnya?

Kesilapan ramai orang yang menceburi dunia online business adalah mencari kawan atau pelanggan apabila kita mempunyai perniagaan. Sepatutnya kita cari kawan (subscribers) dahulu baru kita tawarkan perniagaan.

Peratusan kesan dan hasil daripada pengiklanan secara direct promote biasanya adalah 1%, maknanya kalau kita promote dalam facebook, kalau ada 100 orang yang buka, biasanya 1 orang akan join. Kalau 50 yang buka website yang kita promosikan itu, maknanya 1/2 orang akan join, tak sampai sorang pun. Yang satu orang tadi kalau tak bimbing betul2 akan hilang dan tak mahu continue lagi. Jadi agak2 senang ke nak suruh orang sampai 100 orang buka website kita?

Susah tuuuuuuuu, sekali promote dalam facebook tu, entah berapa orang akan tengok, mungkin 3 atau 4 orang yang tengok dan klik website tu. Kalau 4 orang yang klik, kalikan 1% berapa agak2 yang join........

Cuba lihat disini sejarah saya menyertai perniagaan internet.

1998 -saya belajar membina website menggunakan microsoft word, belajar sendiri dengan menggunakan buku yang dibeli di MPH book store kuala lumpur.

1999- saya sudah boleh membina website saya sendiri, masa tu website saya namanya lawakpecahperut.com dan saya mula berjinak-jinak dengan penggunaan subscribers. Saya mulakan kempen pertama saya dengan menghantar lawak setiap hari, masa tu lagi susah kerana tak ada autoresponder, jadi lawak tu kena hantar setiap hari, sebelum pergi kerja, subuh2, cari lawak dalam internet atau cipta sendiri lawak dan hantar pada subscribers.
Masa tu subscribers ada tak sampai 20 orang.

2000 - Continue setiap pagi dan setiap hari sepanjang tahun hantar lawak pada subcriber dan promote sapa nak lawak dalam yahoo group. Masa tu tak ada facebook, myspace, tak ada youtube, kalau ada pun tak reti guna. Subscribers meningkat sehingga 2-3 ribu orang. Masih belum buat apa2 bisnes lagi...

2001 - continue buat kerja bodoh, pagi-pagi hantar lawak
sampai tahun......

2006 - masa tu dah pakai autoresponder, pengikut yang mengikuti cerita lawak dah mencecah 14,000 - dan tahun lah saya menyertai satu perniagaan internet, pada tahun ini saya pernah mendapat hampir USD75,000 dengan melakukan perniagaan tersebut hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Beberapa tahun saya membayar yuran untuk autoresponder hanya untuk kumpulkan subscribers. Tapi malangnya business tersebut di tutup oleh kerajaan.

2007- Selepas itu saya tidak ada masalah lagi untuk buat apa jua bisness.
2008 - Saya join GDI dan beberapa bisnes internet yang lain
2009 - Apa jua busines online yang saya sertai akan bertukar menjadi duit dalam masa yang singkat, hanya disebabkan subscriber yang ramai.

2010
Baru-baru ini saya sertai satu lagi perniagaan, rolution, selepas saya hantar email broadcast kepada semua subscriber saya, tak sampai 3 hari saya dah dapat dekat USD550
http://automlmanda.ws/rl.html

Mana saya dapat subscriber tu, adalah dari usaha saya mengumpulkannya semenjak beberapa tahun lepas.

Promosi secara "direct promote" melalui cabang2 website, seperti facebook, youtube, yahoo group dll hasilnya adalah 1%

Menggunakan email kempen kepada subscribers hasilnya adalal 3-8%

Jadi anda pilih cara mana satu yang paling berkesan. Nak kumpul subscriber dan prmote melalui email kempen atau nak buat direct promote?

Kalau kempen itu percuma dan berfaedah, biasanya orang yang subscribe meningkat kepada 5%, promote masih juga lagi gunakan facebook, youtube, yahoo messager dan apa2 yang masuk akal. Tetapi kali ini saya tak promote produk, saya promote orang jadi subscriber saya.

Kalau anda membuat keputusan untuk buat direct promote untuk produk anda, maka adalah peluang 1% kalau orang buka website anda, dan selebihnya anda kena promote sangat kuat setiap hari demi hari tanpa henti, kalau tidak tiadalah orang yang beli produk anda.

Berniaga tanpa kawan atau subscriber atau follower sama seperti orang afrika berniaga minyak wangi di negara lain, contohnya orang afrika berniaga di Malaysia. Anda bayangkan betapa susahnya untuk mereka berniaga dinegara lain kerana mereka tiada rakan, tiada sahabat, tiada saudara mara, mereka terpaksa memikul beg dan menjaja barangan tersebut dari meja kemeja untuk buat "Direct selling". Setiap hari, tanpa boleh berhenti, kerana kalau berhenti mereka akan keputusan sumber kewangan.

Bayangkan pula kalau kita duduk di afrika, duit dalam poket hanya ada RM300, dan kita pula perlu survive di negara itu pada jangka masa panjang, apa yang anda boleh lakukan?

Itulah yang berlaku kepada para usahawan internet ketika ini. Bila mereka mempunyai perniagaan terus promote kesana kemari, tetapi mereka lupa yang mereka belum ada lagi rakan secara online. Yang didalam facebook itu bukan rakan, tetapi kenalan jauh, setakat kenal nama. Rakan ialah sahabat online, sering berhubung dengan email, sering bertanya khabar, sering bantu membantu antara satu dengan lain... itulah rakan online, itulah sahabat online, itulah yang saya cadangkan untuk kita tambah, ada dalam 1,000 pun dah kira senang nak berniaga, itulah kegunaan autoreponser tranfficwave... tempat menambahkan rakan.

Untuk tambahkan rakan buat beberapa kempen yang percuma dan berfaedah, jangan mengharapkan satu kempen sahaja. 2/3 kempen pun sudah memadai, pilih lah yang mana sesuai dengan anda.
Contohnya:

1. Percuma belajar website dan marketing
2. Percuma lawak setiap hari didalam email anda.
3. Percuma petua harian
4. Percuma novel bersiri didalam email anda.
5. Percuma kata-kata motivasi untuk kehidupan seharian anda.
6. Percuma satu hari satu hadis
7. Percuma kisah2 para sahabat
8. Percuma komik bergambar
9. Percuma gambar-gambar ajaib didalam dunia ini.
10.Percuma teknik-teknik mengkaji rahsia tarikh lahir
12. Percuma siri membaiki motosikal
12. Percuma cara-cara menjahit pakaian
13. Percuma teknik buat bunga replika
14. Percuma cara melukis batik
15. Percuma teknik mengurut
16. Percuma menjawab temuduga
17. Percuma cara membaiki telivision
18. Percuma pernggunaan microsoft office seperti excel, word dan powerpoint
19. Percuma cara membut video dan upload video di youtube
20. Percuma menjadi seorang kontractor
21. Percuma cara mengelakkan anda ditipu semasa jual beli kereta
22. Percuma resepi masakan kampung
23. Percuma info kesihatan dan cara mencegahnya
24. Percuma nasihat dan teknik menjaga binatang peliharaan
25. Percuma petua menjadi seorang pengimport barangan di China
26. Percuma teknik menjaga kenderaan anda.
27. Percuma cara menganyam ketupat
28. Percuma cara menjahit kasut
29. Percuma cara bersolek dan menjadi tukang andam
30. Percuma petua membelai suami supaya tak lari
31. Percuma petua mengelakkan suami curang
32. Percuma mengelakkan rumah dicuri
33. Percuma mendidik anak cemerlang
34. Percuma cara-cara mencetak baju
35. Percuma menguruskan badan
36. Percuma petua dan amalan menambahkan rezeki
37. Percuma pengurusan kewangan
38. Percuma petua menjadi seorang agen insuran yang berjaya
39. Percuma menjadi seorang pekerja cemerlang
40. Percuma menjadi seorang pelajar cemerlan
41. Percuma cara membaiki motosikal
42. Percuma cara membuat biskut
43. Percuma cara berurusan dengan pejabat tanah
44. Percuma cara berurusan dengan jabatan itu dan ini
45. Percuma teknik perubatan traditonal
46. Percuma pengetahuan mengenai hantu, syaitan, jin,
47. Percuma petua mengelakkan santau.
48. Percuma petua membela ayam daging untuk pasaran
49. Percuma teknik tanam cendawan dirumah
50. Percuma teknik membeli ikan keli dan haruan bodoh di rumah
51. Percuma menjahit langsir.
52. Percuma petua mencing ikan dan udang galah.
53. Percuma info menarik tentang pelancongan di Sarawak.
54. Percuma cara untuk survive di hutan.
55. Percuma cara mencandat sotong
56. Percuma cara memohon menjadi guru sementara.
57. Percuma petua cepat mendapatkan kerja di sektor swasta

percuma percuma percuma percuma percuma percuma

saya yakin setiap daripada anda mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain atau pun kelebihan lebih daripada orang lain didalam sesuatu bidang yang boleh dijadikan alat untuk berbaik-baik atau pun berkawan dengan orang lain secara online. Berikan yang baik kepada orang lain barulah orang akan berbaik dengan anda, selepas mereka lihat anda seorang yang baik, baru lah mereka ingin berkawan dengan anda. Ini tidak, kita kenal pun tidak dengan orang tersebut, berbalas email sekali pun tak pernah, tiba2 offer satu bisnez yang terhebat katanya, sapa join hari ni esok kaya, saya join hari ni tak perlu buat apa2, sebulan nanti dapat hasil, macam2 janji manis kita taburkan, agak2 le, kalau orang lain buat macam tu kat kita, kita nak join tak perniagaan mereka, kalau jawapannya kita pun tak join, apahal pulak orang nak join perniagaan kita kalau hanya buat "direct promote" secara rambang.

Saya amat sedih perkara ini berlaku, tapi apa lagi yang perlu saya lakukan, saya pun tak tahu. Anda nasihatkan saya apa perlu saya lakukan lagi untuk pastikan anda berjaya....

No comments:

Post a Comment

Followers